Monday, July 18, 2011

Puisi Api Membara by Safa

_livelife2dafullest_

Assalamualaikum... (jawab ye)

selalu orang buat puisi jiwang, puisi rindu, puisi cinta lah, apalah, macam2.
aq pun macam nak try gak buat puisi...
tapi tengah geram ni...

sila2 hayati... :')

Andai diri ada salah silap
Jangan kau sembunyikan
Jangan kau biar hati ini bergelora
Tertanya-tanya

Dari jelingan itu
Dari layanan yang berbeza
Dan dari kekasaran yang kau pamerkan
Bagaimana harus aku endahkan

Kocaknya jiwa
Gunturnya air mata
Tanyalah kau kepada mata ini
Letih lesu sudah untuk bergenang



Siapa yang bisa tenang jiwanya
Jika ukhuwah yang terbiasa
Hancur secara tiba-tiba
Aku mohon ampun dosa-dosa

Jangan begini kawanku....


  >>>>aik, takk jadi plak marah. Jadi puisi sedih...


airmata kerana KAMU

Sunday, July 17, 2011

Ngilu ItU masih TerAsa... :(

_livelife2dafullest_
Assalamualaikum... :)

kaki saya...
sila lihat dibawah...haha




tapi oke la... harap2 ni last la kena korek... sakit oooo...
ngilu pisau itu masih terasa hingga sekarang..huuuuuu~

cerita lebih lanjut ::-

kaki ni mula2 ada luka oleh serpihan ntah ape benda..
dah bedah kecil haritu tapi tak jumpa ap2 dokter tu ckp la..

lama2 luka membesar tapi aq tak bwk berubat
jadi doktor cakap mungkn jangkitan kuman ..
akar ketuat dah mule tumbuh kat dalam..

jadi tadi doktor korek dgn lebih dalam... huu





nak diceritakan masa tengah2 korek tu, bius tiba2 ilang..
okkk... sgt2 memeritakan pabila tiba2 rasa pisau tgh hiris2 dalam daging.
awwwwwww.... ngilu dowh

sekian...
* masih trauma dgn rasa itu...


Saturday, July 16, 2011

Hijrah Pertama di Tahun Dukacita..

_livelife2dafullest_

Dengan nama Allah..

hari tu masa subjek SIRAH dgn ust ziyad ( walid plg sy sayang) ,,
kami belajar pasal hijrah.. 
sebelum kelas mang dah ready la konon baca2 ckit pasal hijrah ni.. trip rajin la katakan..
bukan apa walid ni kuat soal2, bikin gerun..

rupa2nya aq salah tajuk.. 
dengan rendah dirinya aq mengaku aq tak taw hijrah yang pertama sebenarnya ialah hijrah Rasulullah ke Thaif..
Hijrah ke Madinah ialah hijrah yang kedua..
Alhamdulillah bertambah ilmu baru :)

disini marilah kita ikuti ringkasan sejarah ini yang sangat memberi kesan kepada hati ini..

Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia pada tahun ke-10 kerasulan. Abu Talib semasa hayatnya, kuat mempertahankan anak saudaranya, iaituRasulullah s.a.w.. Quraisy tidak berjaya menyakiti diri Nabi s.a.w. sepanjang hayat Abu Talibkerana mereka hormat dan gerun kepadanya. Apabila beliau meninggal dunia, Quraisy mula berani bertindak kasar terhadap Nabi s.a.w.. Lantaran itu, kematian beliau menimbulkan rasa sugul yang mendalam kepada Nabi s.a.w.. Nabi bersungguh-sungguh mendesak Abu Talib untuk mengucap kalimah syahadah ketika beliau terbaring nazak pada saat-saat akhir kematiannya. Namun Abu Talib enggan kerana bimbang beliau akan mendapat malu daripada kaumnya.

 Khadijah r.a. juga meninggal dunia pada tahun yang sama. Sebelum itu, Khadijah berperanan meringankan kerungsingan dan kesedihan Rasul s.a.w. lantaran permusuhan Quraisy yang dihadapi Baginda. Apabila beliau meninggal dunia, Baginda merasa terlalu dukacita. Tahun kematian bapa saudara  Baginda, Abu Tolib dan isterinya, Khadijah dinamakan sebagai "Tahun Dukacita".

Apabila tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasul s.a.w. yang dilakukan oleh Quraisy semakin hebat, iaitu selepas kematian bapa saudara dan isteri Baginda, Baginda menuju keTaif. Baginda ke sana dengan harapan akan mendapat sambutan yang baik dan sokongan kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yangsuci. Baginda telah berlindung di sebuah kebun. Baginda memanjatkan doa kepada Allahdengan penuh khusyuk:

Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya
kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai TuhanYang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu jugaTuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yangmemandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yangmenimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatanmelainkan dengan-Mu.”iaitu melihat dengan pandangan benci. Ia adalah kiasan kepada permusuhan dan kebencian.

Rasulullah s.a.w. pulang dari Taif dalam keadaan dakwah-Nya tidak mendapat sebarang sambutan daripada kaum Thaqif. Yang ada hanyalah keislaman Addas, hamba kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah. Addas merupakan seorang hamba beragama Nasrani. Kedua-dua tuannya meminta beliau menghidangkan setangkai anggur kepada Rasul s.a.w. semasa Baginda sedang berlindung dalam sebuah kebun. Mereka memerintah beliau berbuat demikian setelah melihat Rasulullah kepenatan dan layanan buruk Thaqif kepada Baginda. Apabila Addas menghidangkan anggur itu kepada Rasul s.a.w., Baginda mula memakannya seraya berkata: Bismillah (Dengan nama Allah). Ucapan basmalah itu menarik perhatian Addas, kerana tiada sesiapa di kalangan kaum itu mengucapkan kalimah seperti itu. Beliau memeluk Islam setelah berdialog dengan Nabi s.a.w.. 


banyak pengajaran yang kita boleh peroleh dari peristiwa ini...
Renung2kan dan selamat beramal.. :)

Monday, July 11, 2011

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. :)

_livelife2dafullest_
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




kerana kamu, saya semangat maw pegi kelas suda,
kerana kamu, saya tak mengeluh diberi kerja yang banyak,
kerana kamu kamu, saya tak mengantuk lagi untuk belajar.

sebab KITA saya nda kisa suda apa orang nak cakap.
sebab KITA saya tak takut apabila ombak besar melanda,
sebab saya ada KAMU. :')

semua kerana Allah Taala yang menghadiahkan sebuah ikatan yang sangat kuat antara kita semua.

Alhamdulillah ya Allah atas kurniaan Mu ini.

kita telah membuang yang keruh dan kita sedang mengumpul segala yang jernih. 

UKHUWAH FILLAH DAIMAN ABADAN ABADA,..:)


Thursday, July 07, 2011

sakit atiey.

_livelife2dafullest_

sakitnya hati ini hanya Dia yang tahu.
memang aku sangat2 akui tak berbaloi langsung utk menangis sebab dia.
tapi mengapa aq sorg yang diperlakukan mcm ni.
orang lain tak pun.
tension!!!!
klu ada pa2 tak puas ati, please la kasitau bha.
senang kita kasi selesai cara aman!

ngee~~~~~ ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...