Saturday, July 16, 2011

Hijrah Pertama di Tahun Dukacita..

_livelife2dafullest_

Dengan nama Allah..

hari tu masa subjek SIRAH dgn ust ziyad ( walid plg sy sayang) ,,
kami belajar pasal hijrah.. 
sebelum kelas mang dah ready la konon baca2 ckit pasal hijrah ni.. trip rajin la katakan..
bukan apa walid ni kuat soal2, bikin gerun..

rupa2nya aq salah tajuk.. 
dengan rendah dirinya aq mengaku aq tak taw hijrah yang pertama sebenarnya ialah hijrah Rasulullah ke Thaif..
Hijrah ke Madinah ialah hijrah yang kedua..
Alhamdulillah bertambah ilmu baru :)

disini marilah kita ikuti ringkasan sejarah ini yang sangat memberi kesan kepada hati ini..

Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia pada tahun ke-10 kerasulan. Abu Talib semasa hayatnya, kuat mempertahankan anak saudaranya, iaituRasulullah s.a.w.. Quraisy tidak berjaya menyakiti diri Nabi s.a.w. sepanjang hayat Abu Talibkerana mereka hormat dan gerun kepadanya. Apabila beliau meninggal dunia, Quraisy mula berani bertindak kasar terhadap Nabi s.a.w.. Lantaran itu, kematian beliau menimbulkan rasa sugul yang mendalam kepada Nabi s.a.w.. Nabi bersungguh-sungguh mendesak Abu Talib untuk mengucap kalimah syahadah ketika beliau terbaring nazak pada saat-saat akhir kematiannya. Namun Abu Talib enggan kerana bimbang beliau akan mendapat malu daripada kaumnya.

 Khadijah r.a. juga meninggal dunia pada tahun yang sama. Sebelum itu, Khadijah berperanan meringankan kerungsingan dan kesedihan Rasul s.a.w. lantaran permusuhan Quraisy yang dihadapi Baginda. Apabila beliau meninggal dunia, Baginda merasa terlalu dukacita. Tahun kematian bapa saudara  Baginda, Abu Tolib dan isterinya, Khadijah dinamakan sebagai "Tahun Dukacita".

Apabila tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasul s.a.w. yang dilakukan oleh Quraisy semakin hebat, iaitu selepas kematian bapa saudara dan isteri Baginda, Baginda menuju keTaif. Baginda ke sana dengan harapan akan mendapat sambutan yang baik dan sokongan kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yangsuci. Baginda telah berlindung di sebuah kebun. Baginda memanjatkan doa kepada Allahdengan penuh khusyuk:

Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya
kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai TuhanYang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu jugaTuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yangmemandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yangmenimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatanmelainkan dengan-Mu.”iaitu melihat dengan pandangan benci. Ia adalah kiasan kepada permusuhan dan kebencian.

Rasulullah s.a.w. pulang dari Taif dalam keadaan dakwah-Nya tidak mendapat sebarang sambutan daripada kaum Thaqif. Yang ada hanyalah keislaman Addas, hamba kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah. Addas merupakan seorang hamba beragama Nasrani. Kedua-dua tuannya meminta beliau menghidangkan setangkai anggur kepada Rasul s.a.w. semasa Baginda sedang berlindung dalam sebuah kebun. Mereka memerintah beliau berbuat demikian setelah melihat Rasulullah kepenatan dan layanan buruk Thaqif kepada Baginda. Apabila Addas menghidangkan anggur itu kepada Rasul s.a.w., Baginda mula memakannya seraya berkata: Bismillah (Dengan nama Allah). Ucapan basmalah itu menarik perhatian Addas, kerana tiada sesiapa di kalangan kaum itu mengucapkan kalimah seperti itu. Beliau memeluk Islam setelah berdialog dengan Nabi s.a.w.. 


banyak pengajaran yang kita boleh peroleh dari peristiwa ini...
Renung2kan dan selamat beramal.. :)

No comments:

Post a Comment

ngee~~~~~ ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...